Trial Add Math SPM 2011
Pembimbing Rakan Sebaya
BEE 2009/2010 in Memory
JOHAN
- PENGURUS TERBAIK
- PRODUK TERBAIK
- GURU PEMBIMBING TERBAIK
TEMPAT KETIGA
- SYARIKAT TERBAIK
- PENGETUA TERBAIK
Answer Module 8

Pastikan semua pelajar menyelesaikan module 8.
dibimbing. Terima kasih atas kerjasama yang diberi bagi
menjayakan Program Pembimbing Rakan Sebaya......
Additional Mathematics "SeDAP CENTRE" dalam memori....
Additional
(“SeDAP” - Self Directed, Self Access, Self Pace)
Bilik matematik tambahan yang dikenali sebagai
TIP MENJADI SEORANG GURU YANG SENTIASA DEKAT DI HATI PELAJAR
Bagaimana anda boleh menjadi seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh pelajar anda.
1. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa hadir ke sekolah : Tempat seorang guru ialah bersama-sama pelajarnya di dalam kelas, jika seorang guru itu tiada bersama-sama pelajarnya bermakna guru itu tidak mengajar. Seseorang guru mungkin terpaksa meninggalkan kelas atau pelajarnya atas sebab-sebab rasmi atau peribadi, tetapi adalah dinasihatkan jangan terlalu kerap. Mungkin ada ketikanya anda berasa kurang sihat, jika tidak serius, cuba hadirkan diri ke sekolah. "Guru tetap" yang kurang sihat adalah 10 kali lebih baik dari "Guru ganti" yang sihat. Kehadiran tetap menjadi satu kemestian. Berbanggalah dengan rekod kedatangan yang sempurna.
2. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa ada bila diperlukan : Anda perlu membantu pelajar setiap masa. Ini bermaksud sebelum waktu sekolah, waktu rehat dan selepas sekolah. Anda tidak perlu melakukannya sepanjang masa. Mulakan dengan 2 hari seminggu sebagai contoh. Beritahu mereka waktu dan hari di mana mereka boleh berjumpa anda untuk tujuan berbincang. Jika ada keperluan dan mendapat sambutan, bolehlah ditambah menjadi tiga atau empat hari seminggu, itupun jika ia tidak TERLALU membebankan. Anda akan menjadi guru terbaik kepada pelajar. Bantulah mereka.
3. Guru yang dekat di hati pelajar kenal pelajar mereka secara lebih dekat : Berbual dengan mereka di luar bilik darjah, di kantin atau di pondok bacaan. Lebih banyak anda tahu mengenai mengenai mereka, lebih mudah anda untuk menguasai diri dengan mereka. Adalah lebih mudah berbual dengan mereka ketika sedang mengajar. Kaitkan topik pengajaran dengan kehidupan mereka sebagai satu cara memulakan perbualan dengan mereka. Selain itu, hafal dan ingat nama mereka secepat mungkin.
4. Guru yang dekat di hati pelajar perlu kenal ibu bapa pelajar : Dapatkan nombor telefon ibu bapa pelajar. Cuba hubungi mereka sekali sekala, jika mampu, hubungi sekerap mungkin. Anda tidak perlu berbual lama, sekadar bertanya khabar dan tunjukkan anda mengambil berat mengenai anak mereka dan pelajaran mereka. Hubungan ini secara tidak langsung akan membantu prestasi pelajar. Prestasi mereka akan meningkat dan akan lebih bersopan apabila mereka tahu anda mengenali dan sering berbual dengan ibu bapa mereka.
5. Guru yang dekat di hati pelajar tahu apa yang mereka ajar : Jika anda tidak tahu mengenai sesuatu topik, bagaimana anda mahu mengajar? Guru perlu membuat persediaan secukupnya sebelum memasuki kelas. Sebaiknya, bersedialah sebaik sahaja anda menulis rancangan mingguan anda. Percayalah, jika anda mengajar tanpa persediaaan secukupnya, anda akan merasa menyesal setelah anda meninggalkan kelas anda. Jadi pastikan anda bersedia sebelum memasuki kelas.
6. Guru yang dekat di hati pelajar menghadiri setiap acara sekolah : Pastikan anda sentiasa hadir dalam setiap acara di sekolah, seperti perhimpunan, sukan sekolah dan hari penyampaian hadiah. Kehadiran anda di setiap acara berkenaan akan menunjukkan kepada pelajar anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka dan sentiasa menyokong kegiatan yang mereka sertai.
7. Guru yang dekat di hati pelajar tinggal dalam kejiranan sekolah. Mungkin ada ibu bapa pelajar yang menjalankan perniagaan berhampiran sekolah atau pelajar sendiri membeli belah di kedai berkenaan. Cuba pantau kehidupan mereka. Lebih kerap pelajar melihat anda, maka akan lebih baik kelakuan dan sikap mereka di dalam kelas. Mereka akan melihat anda sebagai sebahagian daripada mereka.
8. Guru yang dekat di hati pelajar sentiasa berlaku adil : Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar anda, tetapi pada masa yang sama anda perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik. Berlaku adil tidak semestinya menjadikan anda tegas atau terlalu berlembut. Secara mudahnya, anda perlu menilai dan melayan pelajar berdasarkan kemampuan mereka.
9. Guru yang dekat di hati pelajar tidak akan hilang sabar : Tahan kemarahan, semuanya akan berlalu. Jangan terbawa-bawa dengan rasa geram dan emosi. Pelbagai perkara boleh berlaku di dalam bilik darjah. Tangani masalah di dalam bilik darjah secara profesional. Mengambil tindakan mengikut emosi dan secara melulu hanya akan memburukkan keadaan dan akan memberi kesan kepada karier anda di kemudian hari.
Sentiasa harapkan yang terbaik dari pelajar anda, tetapi pada masa yang sama anda perlu fleksibel. Tidak semua pelajar mampu menjadi yang terbaik
Keyakinan Diri Seorang Pelajar
Keyakinan Diri Sebagai Pelajar
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah belajar yang anda hadapi dalam kelas anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri supaya berjaya.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri anda seorang pelajar ialah kepercayaan bahawa diri anda boleh mengendalikan proses belajar dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya
10 Tips Mewujudkan keyakinan diri sebagai pelajar;
Tips 1: Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
Tips 2: Orang lain boleh Berjaya dalam pelajaran, kenapa anda tidak boleh berjaya? Pedulikan apa kawan nak kata tapi yang penting pelajari bagaimana kawan-kawan yang berjaya belajar supaya lebih mudah berjaya.
Tips 3: Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
Tips 4: Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk mempelajari sesuatu yang positif. Berani!
Tips 5: Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
Tips 6: Lakukan riadah yang ringan sebelum memulakan pembelajaran, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
Tips 7: Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
Tips 8: Apabila berinteraksi dengan guru pandang tepat pada muka dan mata guru yang sedang mengajar dan bercakap. Gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
Tips 9: Apabila memulakan sesuatu pelajaran jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang ilmu dan hasilan yang akan dapat selepas pembelajaran tersebut.Amalkan ilmu yang telah dipelajari
Tips 10:Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.





















