Keyakinan Diri Sebagai Pelajar
Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah belajar yang anda hadapi dalam kelas anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri supaya berjaya.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri anda seorang pelajar ialah kepercayaan bahawa diri anda boleh mengendalikan proses belajar dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya
10 Tips Mewujudkan keyakinan diri sebagai pelajar;
Tips 1: Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
Tips 2: Orang lain boleh Berjaya dalam pelajaran, kenapa anda tidak boleh berjaya? Pedulikan apa kawan nak kata tapi yang penting pelajari bagaimana kawan-kawan yang berjaya belajar supaya lebih mudah berjaya.
Tips 3: Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
Tips 4: Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk mempelajari sesuatu yang positif. Berani!
Tips 5: Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
Tips 6: Lakukan riadah yang ringan sebelum memulakan pembelajaran, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
Tips 7: Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
Tips 8: Apabila berinteraksi dengan guru pandang tepat pada muka dan mata guru yang sedang mengajar dan bercakap. Gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
Tips 9: Apabila memulakan sesuatu pelajaran jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang ilmu dan hasilan yang akan dapat selepas pembelajaran tersebut.Amalkan ilmu yang telah dipelajari
Tips 10:Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.
Keyakinan Diri Seorang Pelajar
2/27/2011 10:25:00 PM |
Labels:
Motivasi
Read Users' Comments (0)
Subscribe to:
Comments (Atom)








